Wednesday, October 26
Matinya Seorang Mat Rempit

Pada suatu hari, seorang mamat namanya Fairus Nasirin (bukan nama sebenar) bercadang nak pegi beli rokok. Oleh kerana transport die cume moto jer.. die pon pegi la naik moto jer. Tapi mamat ni ade satu hobi: Die ni suke beno bawak moto lelaju, walaupon jarak kedai tu 100 meter jer dari umah die.

Maka si Fairus Nasirin ni pon memulakan la pejalanan untuk ke kedai. Sebelum kuar dr umah, mak die pesan, "Fairus, bawak moto bebaik. mak rase tak sedap ati jer la ..." Fairus pon menjawab, "Ala mak ni .. Fairuskan superman, takkan ader paper nyer.. lagipon, Fairus cume nak gi kedai sebelah tu jer, kannyer jauh sgt pon.."

Mak die pon menjawab."Suke ati ko lah Fairus..".

Kunci moto pon dipulas, vrommmmm (bunyi moto Fairus) dengan gaya supermannyer fairus bergerak dr umah..

Tiba² sampai di suatu selekoh, seekor beruk yang tah dari maner muncul nyer menyergah Fairus.. Apa lagi, terperanjat beruk la si Fairus. Maka dia hilang kawalan ke atas moto nyer dan menyebabkan die terlanggar tiang lampu berdekatan. Maka Fairus pon jatuh terpelanting dan tidak sedarkan diri.

Secara kebetulan seorang pakcik lalu di jalan tersebut. Pakcik itu sungguh terkejut kerana melihat seekor beruk sedang cube mencurik helmet si Fairus. Pakcik itu menghalau beruk tuh, tetapi helmet itu tidak dapat diselamatkan kerana telah dibawa lari. Lalu pakcik tu pun pergi kepada Fairus dan memeriksa nadi si Fairus.."Uihh nampaknye idup lagi budak ni.."

Tapi alangkah terkejutnya pakcik itu apabila mendapati kepala Fairus sudah terpusing 180° dan tanpa bertanya dan berpikir ape-ape pakcik tu pon terus membetulkan semula kepala Fairus dengan menghentap balik ke 180°. Tibe-tibe pakcik itu mendapati Fairus tidak bernafas lagi. Rupe-rupenye.. (korang nak tau?) Fairus memakai jeket kulitnye terbalik.! so memang la kepala die cam pusing ke belakang..

Maka dengan tidak bersalahnya Fairus mati di tangan pakcik tersebut..

Posted at 12:35 am by ƒáìzá£
Kasi le komen sket..  




Saturday, September 24
Janda 18 Tahun

Alkisah...ada sorang duda anak 2 yang tinggal di sebuah kampung. Duda ni nama dia Amat. Amat ni dah 3 tahun menduda hi.. setelah kematian isterinya. Pada satu hari , Amat yang dah lama kesepian terfikir kenapakah dia tidak mencari pengganti arwah isterinya, ada jugak yang akan menjaga dirinya nanti, fikirnya lagi. Amat pun cuba la merisik-risik dengan kekawannya, manala tau kekawannya ada calon yg sesuai.

Usin, kawan karibnya yang mendengar berita itu segera datang berjumpa dengan Amat kerana dia ada calon yg sesuai untuk Amat. Amat sungguh gembira bila mengetahui calon yang Usin nak rekomenkan adalah janda 18 thn. beria-ia benar Usin supaya Amat menerima pilihannya."nak ke dia kat aku yg dah tua ni , Sin ??" tanya Amat.

"kau tu pun bukannya tua sangat Mat, baru 36 thn, rupa pun hensem lagi apa!" kata Usin membodek Amat. "Tapi....kalau aku boleh jalankan, boleh tak kau bagi aku pinjamkan RM500 ??
aku nak pakai duit la.." kata Usin lagi.

' Jangankan RM500, RM1000 pun aku boleh bagi kalau betul kau boleh jalankan.. tak payah pinjam"kata Amat tanpa berfikir panjang. Usin pun segera berlalu dengan gembira bila memikirkan janji Amat.

" kau tak payah susah2, semua aku uruskan, kau tau siap" janji Usin kepada
Amat. Dipendekkan cerita tiba la hari yang ditunggu2 oleh Amat, hari dimana dia akan disatukan dengan isterinya yang baru, Leha nama bakal isteri Amat. Hari tu Amat sungguh segak dengan pakaian untuk upacara akad nikah dengan Usin disebelah sebagai pengapit yang memanjang tersenyum setelah koceknya berisi wang RM500 pemberian Amat.

Amat segera terbayangkan saat2 indah yang bakal dilalui bersama isteri barunya nanti. Sampai saja di rumah pengantin perempuan, Amat disambut meriah siap dengan paluan kompang lagi. Para tetamu menyambut Amat dengan senyum lebar. Siap sahaja majlis akad nikah , tiba la masa yang dinanti2 oleh Amat, iaitu untuk bertemu dengan isterinya. Amat pun dijemput untuk masuk ke dalam bilik pengantin untuk upacara membatalkan air sembahyang.

Tapi alangkah terkejutnya Amat bila didapati seorang perempuan tua yang layak digelar nenek sedang menantinya dengan senyuman yang sungguh menggoda. Amat mulanya merasakan itu hanyala satu gurauan dari pihak pengantin perempuan namun bila mak andam beria-ia menyuruh nenek itu mencium tangan Amat, baru la Amat sedar itula isterinya yang selama ini dibayangkan seorang janda muda 18thn.

"Usinnnnnnnnnn!!!!!!" jerit Amat sambil berlari keluar mencari Usin.Usin yang ketika itu sedang menjamu selera terkejut beruk mendengar jeritan Amat. " Kau tipu aku Sinnnn!!!" jerit Amat sambil mencekik leher Usin. "Tipu apa plak???" tanya Usin bingung. "Kau kata 18thn!!!!" balas Amat. "La...bukan umur dia yang aku maksudkan 18thn...tapi dia dah menjanda 18thn!!!"

" Bagi balik duit akuuuuuuuuuuu!!!!!!!!"

Posted at 08:19 pm by ƒáìzá£
Kasi le komen sket..  




Friday, September 9
Peribahasa Moden

Peribahasa: Seperti anjing jantan dengan anjing betina.
Maknernyer: Dua orang yang pantang bertemu, asyik nak *** aje.

Peribahasa: Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ke tahi jugak dia hinggap.
Maknernyer: Orang kalau dah perokok tu, kalau dia berhenti, kebanyakkan akhirnya mula merokok balik.

Peribahasa: Sepandai-pandai tupai melompat, tak pernah masok ke Sukan Olimpik.
Maknernyer : Jangan 'macam bagus', pasal yang 'macam bagus' tu selalunya 'tak bagus'.

Peribahasa: Biar putih tulang jgn putih muka.
Maknernyee: Kalau surat beranak dah letak orang Melayu jangan berlagak nak jadi Mat Salleh pulak! Be proud of what you are.

Peribahasa: Kalau tiada angin masakan satu LRT boleh bau busuk?
Maknernyer: Ada orang 'terlepas angin' lah tu...

Peribahasa: Seperti kacang lupakan mamak kacang putih.
Maknernyer: Orang yang tak sedar diri, tak kenang jasa baik orang yang muler-muler mempopularkan dia.

Peribahasa: Ader udang di sebalik udang lain.
Maknernyer: Jangan sangka yang duduk berseorangan di tempat sunyi tu seorang. Tengok betul-betul, mesti ada seorang lagi di bawah ke, di tengah ke, tengah baring ke.

Peribahasa: Sudah jatuh ditimpa piano.
Maknernyer: Nasib malang yang sangat tak agak-agak (sadis siot!).

Peribahasa: Hidung tak mancung, gigi pulak yang mancung.
Maknernyer: Jangan nak tersengeh-sengeh di depan PC tu, pegi buat kerja. Kang kalau tak siap, buat OT tak berkat!

Posted at 12:21 am by ƒáìzá£
Kasi le komen sket..  




Thursday, September 1
Antara kau, topi dan seluar dalam...

Pada suatu hari,Hasan Jendul nak belikan hadiah harijadi untuk kekasih barunya, Mek Senah. So si Hasan ni pun ajaklah adik perempuan sepupunya untuk temankan dia shopping kat SOGO. Oleh kerana mereka baru dua bulan berkawan, jadi si Hasan Jendul membuat keputusan untuk membelikan Mek Senah satu topi kain fesyen baru, Sengaja supaya taklah nampak dia beriya-iya
sangat.

Adik sepupu Hasan pulak pegi beli satu seluar dalam hitam berbunga-bunga baru sebab ada sale hari itu. Masa membayar,dengan tak sengaja cashier dah tertukar kotak topi kain hitam tu dengan seluar dalam hitam adik sepupu Hasan! Selepas membayar Hasan Jendul pun terus pergi ke kaunter hadiah dan suruh dia orang bungkus tanpa check dulu. Kemudian dia balik ke rumah dan tulis surat untuk Mek Senah serta mengeposkannya bersama hadiah yang dah tersilap tu.

Surat yang dia tulis tu berbunyi cam nie:

Istimewa untuk kekasihku Mek Senah,

San pilih hadiah nie kerana Senah tak pernah pakai bila kita keluar jalan-jalan dan selalu mengadu sebab panas. Kalau bukan sebab adik sepupu San, San dah nak beli yang lagi jarang supaya kalau berpeluh tak lembab sangat. Tapi San tengok adik sepupu San pakai yang ada bunga tu nampak cantik pulak. San pilih warna hitam tu supaya tak nampak luntur. Promoter yang jual tu tunjuk dia
punya dah seminggutak basuh. Nampak elok saje.San suruh dia try Senah punya sebab saiz promoter tu lebih kurang Senah je. Memang cantik dan menarik! Harapnya Senah suka sebab San rasa memang sesuai dengan Senah. Tak sabar rasanya nak tengok Senah pakai depan San. San harap Senah akan pakai untuk San hujung minggu nie. Salam sayang untuk kekasihku, Mek Senah...

P.S: Kalau Senah nak pakai, San nampak stail terbaru ialah dengan melipat bahagian depan dan menampakkan sedikit rambut.

Yang Menyayangimu, Hasan JenduL.

Apa agaknya Mek Senah buat atau jawab kat Hasan?

Posted at 10:28 pm by ƒáìzá£
Kasi le komen sket..  




Saturday, August 20
Lagu Kebangsaan (Sempena Musim Jerebu)

Sempena Bulan Kemerdekaan yang berjerebu ini, ada logiknya kita ubah Lagu Kebangsaan kita khas untuk musim berjerebu ini.

Berdiri dan nyanyikan dengan penuh bersemangat patriotik!

Negaraku...
Tanah tumpahnya jerebu...
Rakyat hidup berse
sak dan layu...
Rahmat bahgia, penjual topeng muka...
Raja kita kena pakai juga...
Rahmat bahgia, penjual topeng muka...
Raja kita kena pakai juga...

Posted at 12:53 pm by ƒáìzá£
2 komen je? Kasi le lagi..  




Tuesday, July 12
Boleh Buat Menantu Ke?

Seorang pemuda sedang dalam perjalanannya kembali ke Kuala Lumpur menaiki keretapi. Antara penumpang yang ramai ada seorang tua yang duduk disebelahya. Setelah lama berdiam diri, sambil menguap si pemuda bertanya kepada orang tua tersebut, “Pakcik, pukul berapa sekarang?”

 

Sebuah pertanyaan yang biasa, yang kadangkala kita tujukan kepada sesiapapun, kan? Dan selalunya kita akan mendapat jawapan. Namun kali ini sungguh diluar dugaan, orang tua tadi berdiam diri sahaja. Mungkin orang tua ini kurang pendengaran, berkata pemuda tersebut. Dia mengulanginya sampai 3 kali. Namun orang tua itu tetap berdiam diri tanpa sebarang riak dari wajahnya.

 

Pemuda tersebut mencuit orang tua tersebut dan berkata, Saya hairan mengapa pakcik tidak menjawap pertanyaan saya? Salahkah saya bertanya?

 

Orang tua itu menoleh sambil berkata, "Bukannya saya tidak mahu menjawap, tapi nanti kalau saya jawap, kita pasti akan bersoal jawab mengenai soal ini soal itu, dan akhirnya kita akan bertambah mesra." Si pemuda termangu mendengar ceramah orang tua itu. Terus dia bertanya lagi, "Lalu apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?"

Orang tua itu berkata lagi, "Apabila kita bertambah mesra ketika anak gadis dan isteri saya menjemput saya di Kuala Lumpur, nanti kita akan turun sama-sama. Dan saya pasti mengenalkan mereka kepada kamu."

 

Si pemuda itu tambah bingung dan tidak tentu arah. "Kemudian?" tanyanya lagi. "Isteri saya orangnya baik sekali kepada semua orang, takut nanti dia mempelawa anda ke rumah. Nanti kamu akan mandi dan berehat di rumahsaya,dan juga akan kami jamu di rumah saya.

 

Setelah itu kamu boleh menjadi rapat dengan anak gadis saya dan kamu akan menjadi teman lelaki anak saya. Lama-lama kamu akan menjadi menantu saya," katanya lagi.

Si pemuda yang tadi sudah bingung sekarang semakin bingung. Terus dia bertanya, Pakcik, apakah hubungannya semua ini dengan pertanyaan saya yang pertama? Sambil berdiri orang tua tersebut menjawap dengan lantang,

 

"Masalahnya? SAYA TIDAK MAHU MEMPUNYAI MENANTU SEPERTI KAMU. JAM TANGAN PON TAKDERRR!"


Posted at 03:52 pm by ƒáìzá£
Kasi le komen sket..  




Monday, July 11
Rasa Terhina Tak?

Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalau ada orang yang mempersoalkan tentang telinganya.

Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenaraipendek untuk sesi temuduga. Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik. Diakhir temuduga, Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu.

 

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"

"Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam" jawab
lelaki itu dengan jujur.

 

Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat. Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama yang ditanya kepada calon pertama.

 

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"

"Ya... Saya hairan bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu.

 

Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar. Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan bergaya. Seperti calon sebelumnya, Johan bertanya soalan serupa.

 

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"

"Ya. Tuan pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya dari tergelak.

 

Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh.

 

"Bagaimana awak tau" tanya Johan lagi.

 

Pemuda itu tidak dapat lagi menahan gelihatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata, "Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana?. Huargh! Huargh! Huargh! Huargh!"


Posted at 01:20 pm by ƒáìzá£
Kasi le komen sket..  




Saturday, July 2
Another 20 Facts!!

  1. Dentists have recommended that a toothbrush be kept at least 6 feet away from a toilet to avoid airborne particles resulting from the flush.
  2. The liquid inside young coconuts can be used as substitute for blood plasma.
  3. No piece of paper can be folded in half more than 7 times.
  4. Donkeys kill more people annually than plane crashes.
  5. The king of hearts is the only king without a mustache.
  6. Venus is the only planet that rotates clockwise.
  7. Apples, not caffeine, are more efficient at waking you up in the morning.
  8. The plastic things on the end of shoelaces are called aglets.
  9. Most dust particles in your house are made from dead skin.
  10. The first owner of the Marlboro Company died of lung cancer.
  11. Pearls melt in vinegar.
  12. The three most valuable brand names on earth: Marlboro,Coca-Cola, and Budweiser, in that order.
  13. It is possible to lead a cow upstairs...but not downstairs.
  14. A duck's quack doesn't echo and no one knows why.
  15. Turtles can breathe through their butts.
  16. On average, 100 people choke to death on ball-point pens every year.
  17. The Main Library at Indiana University sinks over an inch every year because when it was built, engineers failed to take into account the weight of all the books that would occupy the building.
  18. No word in the English language rhymes with "MONTH".
  19. Our eyes are always the same size from birth, but our nose and ears never stop growing. SCARY!!!
  20. A crocodile cannot stick its tongue out.

Posted at 12:58 pm by ƒáìzá£
Kasi le komen sket..  




Monday, June 6
20 Keajaiban Alam

1. Coca-cola dahulunya berwarna hijau.

2. Nama yang paling biasa digunakan di dunia adalah Mohammed.

3. Dalam bahasa Inggeris, semua nama benua dimulai dan diakhiri dengan huruf vokal yang sama.

4. Otot terkuat pada badan manusia adalah lidah.

5. TYPEWRITER adalah kata terpanjang yang dapat ditaip dalam satu baris butang keyboard anda.

6. Perempuan mengelip mata dua kali lebih banyak daripada lelaki.

7. Menahan nafas tidak akan membuatmu mati.

8. SETIAP MANUSIA TIDAK DAPAT MENJILAT SIKU TANGANNYA SENDIRI. (Tak Caya?)

9. Secara fizikal, setiap khinzir tidak dapat melihat ke langit.

10. Dengan berlatih menyebut frasa "SIXTH SICK SHEIK'S SIXTH SHEEP'S SICK" beberapa kali, anda akan mahir berbahasa Inggeris!

11. Bersin yang terlalu kuat dapat mematahkan tulang rusuk, memutuskan pembuluh darah di kepala atau leher dan boleh mengakibatkan kematian.

12. 111,111,111 x 111,111,111 = 12,345,678,987,654,321

13. Satu-satunya makanan yagn tidak bisa busuk? Madu!

14. Semua beruang kutub KIDAL!

15. Reseptor rasa kupu-kupu ada di kakinya.

16. Gajah adalah satu-satunya haiwan yang tidak boleh melompat.

17. Kebanyakan manusia lebih takut pada labah-labah daripada kematian.

18. STEWARDESSES adalah perkataan terpanjang yang boleh ditaip hanya dengan jari-jari tangan kiri.

19. Jantung manusia dapat mengepam darah sejauh 30 kaki.

20. Hampir semua yang baca tulisan ini masih mencuba menjilat siku tangannya! (Kan dah kene!)


Posted at 01:29 am by ƒáìzá£
Kasi le komen sket..  




Thursday, May 26
Kisah Samseng Cucur Udang

Ada sorang bekas samseng tu dia dan wifenya jual cucur udang setelah dia insaf dan tidak mengaktifkan dirinya dalam bidang kesamsengan lagi. Setelah beberapa tahun berniaga, maka terkenallah cucur udangnya seantero negeri.

Dan pada satu hari, datanglah sekumpulan manusia yang juga samseng sepertinya satu ketika dahulu hendak merasa sendiri kelazatan cucur udangnya seperti yang dibuahmulutkan ramai makhluk. Maka sekumpulan samseng itu pun memborong habis kesemua cucur udangnya. Dengan lahapnya, ketua samseng tu merasmikan dahulu, merasai cucur udang tersebut. Dan dengan tak semena-mena ketua samseng tu pun kata, "Dah banyak ketul aku makan cucur udang ni. Tapi tak seekor udang pun aku nampak"

Penjual cucur udang rasa bengang 'tahap dewa' apabila disindir begitu. Dia pun selinsingkan lengan baju dan berkata dengan selambanya, "Ooooo... cucur udang aku takde udang korang bising? Tu... orang yang jual cucur badak tapi takde badak... tak pulak korang bising?"

Posted at 01:21 pm by ƒáìzá£
Kasi le komen sket..  




Next Page

Silver Jaguh Special Edition

Motor bukan sebarang motor
Motor keluaran negeri sendiri
Jaguh bukan sebarang jaguh
Jaguh unik nie atukku yang beri (Ewah!!)

Sekarang jam


Best viewed in 1024x768 with IE5.5


My 2nd Blog
E-mail


Counter

People
Currently Viewing This Blog


About De Bloger

Name : Faizal Bin Khamaruzaman
Country : Malaysia
State : Selangor
Birthdate : 20 Oct 1984
Gender : Male


Ex-student

SK Sungai Serai, H.Langat
SMK Abd. Jalil, H. Langat
PTPL Kajang


Others Blogger

: : Mama : :
: : Abg Azhar : :
: : Faiz : :
: : Diari Superman : :
: : Fiera : :
: : AL-Ibtisamu SodaQah : :
: : Kak Dod : :
: : Kak Rina : :


Fav. Midi

: : Kiroro - Mirai E : :
: : Broery - Biar Bulan Bicara : :
: : Ryu - Winter Sonata : :
: : Michael Buble - Sway : :


My Music (RealPlayer required)



Farah AF2 - Antara Dua


Melly - Biar Saja Ini Mengalir


Melly (Feat. Kris Dayanti) - Cinta


Ruffedge - Bila Rindu


Spider - Buat Sang Puteri


   





<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30



Flash Games

©ðmïñg §ððñ!!


Fav. Link


Friendster.com



CyberiaPC.com



Ujang.net




Fav. Search Engines


AltaVista.com



DogPile.com



Google.com



Mamma.com





Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed